Puding Sagu Gula Melaka

Puding Sagu Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Sagu:
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Pewarna kegemaran
Jagung manis
Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.
Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Air Gula:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Cara cara:
Satukan semua bahan. Masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Kuah:
Susu cair; atau
Kuah susu kastard - resepi di bawah sekali
Cara Menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk. Tuang gula melaka dan susu cair. Letak sesudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk sejuk.
Kuah Susu Kastard
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Campurkan semua bahan diatas, masak sehingga semuanya larut. Sentiasa kacau hingga mendidih.
Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu dan jagung manis.
kredit resepi video : Nadzcatering
resepi video & bertulis adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda 😘
kredit gambar 3: fb : husma aneem bt mustaffa
gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 😊

Comments

Popular posts from this blog

SAYUR CAMPUR ALA CINA

Resepi Kuih Lapis Melayu Paling Sedap

Udang Masak Lemak Cili Api