Posts

Showing posts from March, 2018

Kuey teow goreng

Image
Kuey teow goreng Bosan memalam ni maka jadi lahh kuey teow goreng~ Kuey teow goreng basah (sorang makan ) Bahan bahan Bawang putih 2ulas ketuk Cili melaka 4biji ketuk (nak pedas letak lah lebih) Kuey teow Kucai/taugeh (ikut korang suka sayur apa boh la) Udang/sotong/ayam (ikut suke korang nk mana) Telor sebijik Kicap pekat Sos cili Cili bo Garam/aji Sos ikan Cara cara, Panaskan minya tumis bawang putih dan cili melaka lepastu masukkan udang ke ayam ke sotong ke ikut suka bg sampai masak baru masukkan kuey teow then masukkan paste cili bo 1½ sos cili 2sudu makan sos ikan 1sudu kicap pekat dan air sikit lepastu masukkan garam dan aji sedikit masukkan sayur gaul skejap last sekali pecahkan telur gaulkan skejap tutup api.

Sup Tulang Ala Thai Paling Sedap

Image
Sup Tulang Ala Thai Paling Sedap Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna tulang biasa 200 gm daging campur (yang segar ye..) 5 ulas bawang merah dihiris 1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk 2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga 1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang 1 biji tomato dibelah 6 3 biji cili padi diketuk 1 batang seleri dihiris serong-tak ada 1 biji limau nipis, diperah airnya garam secukup rasa minyak untuk menumis 1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8 daun sup dan daun bawang secukupnya Cara membuatnya: 1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa. 2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediak...

RESEPI Roti Canai Lembut & Kuah Dha

Image
RESEPI Roti Canai Lembut & Kuah Dhal  😍 💘 Bahan-bahan : 1 kilo tepung gandum (ayak dulu kalau rajin) 4 sudu besar majerin planta( cairkan dan sejukkan terlebih dahulu) 480ml air ( anggaran- tuang sikit2) 3 sudu besar susu pekat manis 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1 biji telur like & share @resepi masakan malayu Cara-cara:- -Taburkan tepung di atas meja atau dulang ... Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah) - Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah. - Gaul kesemuanya hingga sebati... Kemudian gaul dengan tepung. - Tuang air sedikit demi sedikit. - Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut ( lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yg nak uli roti canai tu,pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih2 lagi otot2 lengan..hehehe) - Tapi kalau ada mixer( mesin penguli roti) atau breadmaker, boleh la guna.. Tak payah laa habis tenaga nak ...

Resepi Kuih Lapis Melayu Paling Sedap

Image
Resepi Kuih Lapis Melayu Paling Sedap  ❤️ 😍 Bahan-Bahan: 2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1 cawan gula pasir 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air) 1/4 sudu teh garam sedikit pewarna merah dan perisa ros Cara membuatnya: Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. U...

SAYUR CAMPUR ALA CINA

Image
SAYUR CAMPUR ALA CINA . Bahan-bahan : . 50g bunga kubis. 5 ulas kacang buncis. 1 biji lada benggala – dipotong dadu. 2 biji lobak merah – dipotong nipis. 5 ulas bawang putih – dikisar. 2 sudu besar sos tiram. sedikit stok ayam. 50ml air. 2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air. 2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan). 10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan). . Cara Penyediaan Resepi : . 1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih . 2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram. . 3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung. . 4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran. . 5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

Resepi Ketupat Sotong Kelate

Image
Resepi Ketupat Sotong Kelate!  🦑 🦑 🦑 😍 BAHAN-BAHAN: 1 kilo sotong saiz sederhana yang segar  ½ kilo santan pekat 3 ketul gula melaka (nise) Pencungkil gigi 1 cawan beras pulut 10 helai daun pandan Garam dan gula CARA MEMBUATNYA: 1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan. 2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam. 3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah) 4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi. 5. Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala. 6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya. 7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya. 8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka. 9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (...

Udang Masak Lemak Cili Api

Image
Udang Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan diperlukan: 1/2 kg Udang saiz sederhana (dibuang kepala) 2 biji santan 15 ulas cili padi (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 ulas bawang merah (dikisar) 2 batang serai (dititik) Serbuk kunyit 6 batang kacang panjang Asam keping Garam Cara menyediakan dan memasak: Campurkan santan, cili padi, bwg putih, bwg merah, serai & serbuk kunyit di dalam periuk. Kemudian baru dihidupkan api & gaul perlahan2 supaya x pecah minyak. Agak2 dlm 5 minit, masukkan pula kacang panjang, asam keping & garam. Kacau perlahan2 sehingga sedikit mengelegak kemudian masukkan udang. Kacau perlahan2 sehingga udang masak. Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dgn kunyit hidup. Sayur kacang panjang juga boleh digantikan dgn tomato, kacang buncis, terung @ belimbing. Bergantung kepada citarasa masing. Selamat mencuba!!

Puding Sagu Gula Melaka

Image
Puding Sagu Gula Melaka Oleh: Azie Kitchen Sagu: 1 cawan biji sagu warna putih 1 liter air 1 helai daun pandan - carik & simpul Pewarna kegemaran Jagung manis Cara-Cara: Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan. Air Gula: 1 ketul gula melaka 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan air 1 helai daun pandan - carik & simpul Cara cara: Satukan semua bahan. Masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Kuah: Susu cair; atau Kuah susu kastard - resepi di bawah sekali Cara Menghidang: Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk. Tuang gul...

RESEPI TOMYAM PUTIH YG SIMPLE & MUDAH

Image
RESEPI TOMYAM PUTIH YG SIMPLE & MUDAH ( Org "Diet " pun blh mkn makanan yg sedap ni) Bahan - Bahan : -Ayam & Sotong ( boleh juga nk guna udang daging dan lain2 lagi) -3biji tomato -1 ulas bawang putih -1 biji bawang Besar -4 helai daun limau -6 biji cili padi (boleh lebih kalau suka pedas) -3 batang serai -sedikit lengkuas -2 biji limau nipis (ambik air sahaja) -1 mangkuk Air -2 cube chicken stok -gula & garam secukup rasa

DAGING MASAK MERAH

Image
DAGING MERAH Bhn- bahan Daging yg direbus dan dipotong 2 labu bwg besar 6 ulas bwg putih 3-4 helai daun limau purut karot dan bunga kobis dipotong 4 sudu besar sos tiram 1 sudu teh perasa sirap ros garam, gula, aji ikut kesukaan.. CARANYA 1.Tumis bwg besar, bwg putih bersama daun limau hgg layu. Masukkkan daging. 2.Kacau selama 3 minit, masukkan sos tiram, pewarna. Gaul.. 3.Masukkan karot dan bunga kobis serta hirisan cili. Masak smp bhn2 tu mengeluarkan airnya.. 4.Tambah garam, gula dan sedikit aji.. blh la angkat lps tu..

RESEPI SOS BLACKPEPPER CHICKEN CHOP

Image
RESEPI SOS BLACKPEPPER  Ni resepi untuk 2 -3 orang makan yea 1 Sudu mentega 1 sudu tepung gandum 1/2 pati kiub ayam Air masukkan ikut agak agak pekat je Ikut suka hati serbuk balckpepper kasar dan halus (yang halus tak masukkan tak pa, dah ada.Tu yang masukkan jugak) 2 sudu sos blackpepper , lebih pun tak pa kicam agak agak hitam ikut selera. Kat bawah ada gambar bahan bahan yang mar guna ya. Alang alang, mar bagi sekali resepi perapan ayam ya. Ayam beli kat kedai frozen, cakap nak ayam chicken chop .Nanti dia akan bagi ayam yang memang siap buang tulang ni, khas untuk chicken chop/grill. RESEPI PERAPAN AYAM 3 bawang putih(tumbuk) sos blackpepper serbuk blackpepper separuh pati kiub ayam yang hancurkan kicap sikit je gaulkan semua dengan ayam dan mar perap semalaman dalam peti. ayam tu cucuk2 dengan garfu @ pisau bagi meresap.Tak perlu garam dah sebab pati ayam tu masin dah. sayur tu ikut korang la, kali ni mar just letak brokoli dengan carrot je. Rebus air ...

Resepi Daging Masak Kicap Sedap

Image
Resepi Daging Masak Kicap Sedap 😍 Bahan-bahan diperlukan: 1/2 Kg Daging -Daging dihiris nipis dan digaul dengan hirisan halia (1 cm) dan serbuk  kunyit (1 Sudu Besar) 1 Biji Bawang Besar-Dihiris 2-3 Ulas Bawang Putih-Dihiris (saya suka letak lebih) 1 Biji Cili Merah-Dibelah 2 2 Biji Cili Hijau-Dibelah 2 3 Sudu Besar Sos Tiram 2 Sudu Besar Sos Tomato 1 Sudu Besar Sos Cili Kicap secukup rasa (Selalu guna Kicap Tamin)-Dalam Secawan 1 inci Halia-Dihiris Sedikit Air Garam dan Gula 1 Keping Asam Keping 2-3 Sudu Besar Minyak untuk menumis 1 Batang Kayu manis Tambahan: Goreng Ubi kentang yang dipotong sederhana sehingga setengah masak Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak, masukkan kayu manis,hirisan halia dan hirisan daging. Kacau dan biarkan daging menjadi kering, kalau kurang empuk tambah air (paras daging biar tenggelam). Tunggu lagi sehingga daging kering dan naik minyak Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata hingga naik bau. Masukkan So...